|
TEAM WAWASAN MENJELMA SEMULA
ALI ALLAH DITTA
Mahathir dan Abdullah Badawi secara
rasminya disahkan menjadi presiden dan timbalan presiden UMNO selama 3 tahun akan datang.
Dalam ucapannya tatkala mengesa para perwakilan memilih naib presiden dan ahli-ahli MKT
yang baru Mahathir secara jelas mahukan para perwakilan UMNO mengundi pemimpin yang
bersih,tidak rasuah,tidak bernafsu besar,sebaliknya bekerja kuat untuk agama,bangsa dan
negara. Mahathir begitu perihatin terhadap masalah politik wang dan rasuah yang melanda
UMNO kini, hinggakan Mahathir terpaksa menetapkan beberapa peraturan dan kod etika bagi
menjaga agar gejala-gejala ini tidak mengugat kestabilan UMNO.
Mahathir dan ahli
UMNO tidak pernah bangkit masalah politik wang, kod etika dan rasuah semasa
pilihanraya umum lalu,tetapi kenapa dalam persidangan UMNO ini perkara-perkara ini dititik
beratkan? Padahal politik wang,rasuah amat berleluasa semasa pilihanraya umum lalu
dan proses kempen dan pengundian tidak langsung mengikut kod etika pilihanraya !
Mahathir sanggup main kotor dalam pertarungan yang Mahathir belum pasti akan menang.
Tetapi, dalam persidangan UMNO ini Mahathir sudah kekal jadi presiden jadi Mahathir boleh
buat apa saja kerana kedudukanya sudah selamat.
Dalam UMNO Mahathir larang memilih
calon-calon yang korup dan menggunakan politik wang tetapi dalam pilihanraya Mahathir
menggalakkan rakyat memilih calon-calon yang mengamalkan politik wang dan rasuah untuk
menjadi wakil rakyat.
Alangkah terkejut Mahathir apabila para perwakilan telah
memilih semula pasukan bekas team wawasan 1993 yang terdiri daripada Najib Tun Razak,
Muhamad Mohd.Taib dan Muhyiddin Yassin. Seperkara yang menarik,ketiga-tiga tokoh ini
menerima pencalonan daripada UMNO Kubang Pasu,bahagian yang diketuai oleh Mahathir
sendiri.
Dari segi pencalonan bahagian-bahagian UMNO,Najib mendapat 151
pencalonan,Muhamad Mohd.Taib 32 dan Muhyiddin Yassin 30. Walaupun Abdul Ghani Othman dan
Abu Hassan yang masing-masing mendapat pencalonan besar 80 dan 58 bahagian namun mereka
tidak diterima oleh para perwakilan UMNO,malah Abu Hassan hanya dapat 616 undi berbanding
Ghani Othman yang menerima 469 undi saja.
Walaupun Mahathir menyifatkan kemenangan
Najib,Muhamad Mohd.Taib dan Muhyiddin Yassin sebagai menang yang telah dijangkakan,namun
itu hanyalah merupakan sebagai satu helah untuk menutup rasa kekecewaannya. Mahathir
secara terang-terang dalam ucapannya itu telah menetapkan beberapa kriteria bagi memilih
seorang pemimpin,antaranya tidak rasuah,tidak bernafsu besar.
Tanyalah diri sendiri
antara ketiga-tiga naib presiden yang terpilih itu siapakah yang benar-benar memenuhi
syarat-syarat tersebut? Ingat tidak peristewa Muhamad Mohd Taib mengusung beg-beg yang
berisi wang berjumlah berjuta-juta ringgit? Atau kes rasuah Muhyiddin Yassin semasa
menjadi Menteri Besar Johor dulu.
Pemilihan bekas team wawasan ini juga menandakan
bahawa bayang-bayang DSAI masih lagi menghantui Mahathir dan persidangan UMNO itu.
Mahathir harus ingat walaupun dia cuba menghakiskan pengaruh DSAI dengan memastikan
setiap bahagian diwakili oleh orang-orang kuat Mahathir dan Abdullah Badawi,namun usahanya
itu nampaknya gagal sama sekali. Mahathir akan lebih selesa jika Syed Hamid
Albar,Abu Hassan dan Rais Yatim menang. Tapi apakan daya pembodek-pembodek
kesayangan Mahathir ini kecundang juga akhirnya.
Dalam ucapannya Mahathir juga
berkata,semuanya akan musnah,jika individu yang korup menjadi perdana menteri atau ahli
kabinet. Bukankah sah terbukti bahawa menteri-menteri seperti Daim Zainuddin,Rafidah
Aziz,Samy Vellu dan lain-lain pernah melakukan rasuah dan salahguna kuasa? Memang terdapat
dokumen-dokumen sah yang membuktikan Daim Zainuddin,Rafidah Aziz,Samy Vellu dan ramai lagi
anggota kabinetnya melakukan rasuah, tetapi kenapa Mahathir menutup mata dan memekakkan
teliga saja?
Mahathir juga telah menyentuh tentang kes DSAI dan dengan lantang
Mahathir berkata bahawa DSAI dipecat bukan kerana politiknya atau UMNO.DSAI dipecat kerana
maruahnya yang rendah dan tidak sesuai untuk menjadi calon perdana menteri.
Mahathir
macam seekor singa pondan pandai mengaum di seluruh dunia menjaja tentang masalah
moral DSAI itu. Walaupun dalam persidangan ini Mahathir tidak berani cerita panjang
lebar,tetapi yang jelas Mahathir masih menggambil kesempatan ini untuk mengutuk DSAI.
Apa
yang menghairankan ialah,Mahathir hanya setakat berani menggunakan forum-forum begini
untuk memuaskan nafsu politiknya,kononya cuba hendak menyakinkan ahli-ahli UMNO betapa
jahatnya DSAI. Mungkin Mahathir lupa bahawa para perwakilan yang dipanggil hadir ini
sebenarnya adalah pembodek-pembodek yang akan turut saja apa Mahathir cakap dan kalau
Mahathir kata taik itu berbau wangi,wangilah disahut oleh para perwakilan.
Seperti
biasa Mahathir hanya berani mengaum dihadapan majlis begini,tetapi takut hendak menjijak
kaki ke mahkamah. Mahathir cuba berbagai helah untuk menggelakkan dirinya dibawah ke
mahkamah. Dalam mahkamah Mahathir terpaksa bersumpah bahawa segala keterangan dan
kenyataan yang dibuatnya adalah benar belaka. Mahathir mana pernah cakap benar,selalu
berbohong itu dan ini dan sudah pasti bila dalam mahkamah nanti mungkin tercirit dibuatnya
oleh para peguam DSAI.
Persidangan UMNO ke 54 walaupun merupakan persidangan
pertama bagi memilih pucuk pimpinan baru selepas era DSAI, namun stigma buruk hasil
daripada layanan Mahathir dan UMNO terhadap DSAI masih menghantui persidangan
tersebut.Dapatkah team Najib,Muhamad Mohd.Taib dan Muhyiddin Yassin ini membersihkan UMNO
daripada sialnya itu?
|